Friday, November 20, 2009

Pemalsuan Kad Kredit Am Bank

Salam & Selamat Sejahtera,
saya ingin berkongsi pengalaman mengenai pemalsuan credit card.
Pagi ni lebih kurang pukul 11.20 pagi, saya terima satu panggilan telefon(+6030721160 ) yang mana mesin perakam suara yang bertanya sama ada saya nak benarkan, nak reject satu transaction yang sedang berlaku di KLIA yang melebihi RM3000 ATAU bercakap dengan pegawai pekhidmatan pelanggan Am bank. Saya pilih untuk bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelangan AM bank (Chinese). Saya cakap yang saya tidak pernah ada credit card Am bank dan tidak pernah buka akaun Am Bank. Oleh yang demikian, pegawai tersebut telah minta no.kp untuk semakan dalam sistem dan dapati saya ada mohon credit card AM bank seperti detail dibawah:
Tempat Mohon: Plaza OSK Ampang
Tarikh Mohon: 21.09.2009
Jenis Card: Master Gold (credit limit RM12,000)
No.Card: 5455193286537020
Outstanding: RM4,000.00
Saya memang terkejut sebab saya x pernah mohon credit card Am Bank dan Plaza OSK Ampang pun saya x tahu. Selepas itu pegawai tersebut menasihati saya untuk buat laporan dengan Bank Negara Malaysia dengan menyambung penggilan saya ke bank negara. Seorang pegawai bank negara (Indian) minta saya ceritakan apa yg terjadi tetapi sebelum itu pegawai tersebut minta no.hp saya yang mana beliau akan hubungi dalam masa 2 minit lagi sebab nak ON kan perakam suara bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan. Selepas 2 minit, tiada panggilan telefon daripada pegawai tersebut dan saya telah mencari no.telefon bank negara di internet. Apabila saya call bank negara utk teruskan laporan pemalsuan ini, baru la saya tahu cerita yang sebenarnya yang mana bank negara sudah sedia maklum akan teknik pemalsuan card credit cara ini.
Sebenarnya.. ..panggilan telefon +6030721160 adalah panggilan palsu yang menyatakan itu panggilan dari AM bank. Pegawai Chinese dan Indian itu pun PENIPU. Taktik yang digunakan di sini, apabila pemegang card dah panic dan ingin buat laporan dgn bank negara, Pegawai Indian tadi akan ambil kesempatan dengan meminta segala details "card credit yang lain" (contoh Maybank) sebab pegawai ni dah tahu yang kita tidak ada Card Credit AM bank dan maklumat card credit lain diminta dengan tujuan pengesahan yang mana menjadi sumber maklumat utk mohon card credit AM bank. Apabila pemegang card beri details card credit lain seperti no.card, no 3 angka di belakang card dan nama atas card....pegawai Indian tadi boleh buat transaction online seperti beli tiket flight dll.
Melalui perbualan saya dengan pegawai bank negara yang SEBENAR, semua bank di Malaysia tidak boleh buat sambungan terus ke bank negara. Dalam kes ni pelanggan yang dihubungi ke Bank negara.
Yang kedua, jika bank negara buat pengilan telefon, no.telefon bank negara tidak akan appear di screen HP.
Bank Negara menasihati saya buat semakan di AM bank melalui talian khidmat pelanggan 1 300 80 8888 dan buat laporan polis. Apabila saya call AM Bank, AM bank juga sudah sedia maklumkan akan kes penipuan macam ni. Melalui semakan dalam sistem AM bank....alhamdulill ah saya tidak ada card credit dan akaun dengan AM bank.
Saya harap, kita akan terus sama berhati-hati apabila terima panggilan telefon yang melibatkan kewangan ataupun bank. Bagi yang mula kerja, mesti pihak bank duk kejar suruh buat card credit....once kamu buat CC, kamu akan terima panggilan yg bukan2 berkaitan dgn CC....so hati2. Pendek kata, segala details pasal akaun dan CC jgn bagitau walau apa sekali pun alasan diberi. lagi satu...hati2 bila nak tandatangan borang loan kereta atau rumah, kadang2 pegawai bank tu selit2 je borang CC bersama perjanjian pinjaman.

p/s: Bukan aku hehe. Tapi untuk peringatan bersama!!

2 comments: