Analisis Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 2009

1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)
4. Oh Anok Anok (Reshmonu)
5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
6. Aku Scandal (Hujan)
7. Enjut (Noraniza Idris)
8. Gila (Mila)
9. Dan Sebenarnya (Yuna)
10. Raja Gelek (One Nation Emcees)
11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

Sepertimana yang kita dah tau. Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.

untuk post kali ni, sebelum anda baca content seterusnya aku nak ingatkan aku bukannya pandai dalam Bahasa Melayu and lagi-lagi pasal lirik. Tapi ni aku survey dari pakar-pakar yang tak berapa pakar. hehe baca ja and enjoy.

1. Mirage (Pesawat)

Apakah ini satu mimpi
(betul ke satu mimpi atau suatu mimpi?)

Terasa bagai sebuah delusi
Ilusi … mata
Maian … jiwaku
Semakin kacau

Overall lagu ni ringkas simple dan banyak mainan suara latar. Melody ngan Lirik memang sama. Kalau format Muzik Muzik dah berubah makna dia lagu ni amat sesuai untuk ke Final.

2. Kau Aku (Aizat)

Kau dan aku, adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku, engkau selalu ada
Biar kata memisah kita (kata atau apa?)
Biarkan saja
Kerana terbiasa

Chorus :
Mengejar mimpi, yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti


Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala (terang ke atau jelas?)
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ohhhh...

Mengejar mimpi, yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Akhirnya nanti
Ohhhh... Ohhhh... Ohhhh...

Seperti lagu-lagu aizat sebelum ni, dia buat secara ringkas tapi bermakna dan tapi hehe banyak kesalahan bahasa. Tapi tak memudaratkan keseluruhan lagu. Contohnya 'kata' atau 'apa' dan 'terang' atau 'jelas'. Aizat memang pandai pada chorus dia guna skil mengembangkan lirik. Mimpi, Kejar, Merasa, Hilang, bertemu. Melodi dan lirik memang ceria tapi biasa. Untuk cari sesuatu yang unik dalam Lagu ni ada tapi tak kelihatan. Untuk tersenarai menang memang tiada tapi untuk tercalon ke final 80% boleh pegi.

3. Dia, Aku dan Kamu (Nadia & Red Peanut)

bagi lagu ni aku tak leh kata apa. Kamus Dewan pon xleh tafsir. Terlalu Indonesia Lirik. Memang asyik tapi tak sesuai. Maybe.

4. Oh Anok Anok (Reshmonu)

Berjuta juta bintang, Di langit yang terbentang,

bagi yang usaha, Yang mahu bisa,

Jadikan ia miliknya,

Pastinya yeah…

Walaupun kini susah, Semuanya agak payah,

Ada yang pasti, Yang mahu bisa,

Capai segalagalanya, Yakinlah yeah,

Chorus Oh anok-anok toksohloh susoh susoh

Harimu akan tiba,

Oh anok-anok

toksohloh susoh susoh,

Harimu akan tiba

Bila terasa hari,

Tidak membawa erti,

Kuatkan diri,

Cekalkan hati,

Segalanya ada dalam,

Genggaman yeah,

Hehe lagu ni payah ckit, memang khas untuk anak-anak lirik dia pon cam anak-anak gak. Lirik mengajar kita cara bercakap satu-satu perkataan. Apa pun ni lagu tradisional yang menggunakan WORLD MUSIC. Sebelum ni music2 dari Mr Resh pon mmg World. So aku harap lagu ni boleh g final at least kita dengar world music kat stage. Ape yang aku merepek ni. Totally lirik dia n melody mendatar tapi masih sedap didengar.


5. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)

Komposer : Ajai Penulis Lirik : Habsah Hassan

Melodi lagu ni macam pernah dengar dari melly goeslow dan lagu-lagu Ajai ngan Nurul. sikit je. Tapi keseluruhan lagu ni memang perfect no doubt sebab yang tulis lagu Habsah Hassan tapi tajuk dia tu boleh ubah dari kerna ke kerana. Kesedihan dalam lagu ni memang mendalam. Salah satu lagu belada yang boleh pergi Final.


6. Aku Scandal (Hujan)



Kan ku berikan semua
Agar kau gembira sentiasa
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Waktu duka dulu kita lalui bersama
Bahgia bagaikan malam di temani bintang terang
Hancur hati bila kau undurkan diri
Meninggalkan daku
Meninggalkan ku sendiri

Senyuman manis dibawa angin
Ku tunggu dikau terasa dingin
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri
Jangan di simpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

Hm.. Terlalu ringkas dan terlalu berulang. Tak pernah tgk lirik lagu macam ni. Anda tau kat mana dia ulang dan sampai chorus2 skali dia ulang ayat tu. Istimewa lagu ni sebab melodi dia. Lirik dia ada masalah. Kalau TV3 penting kan komersial untuk Muzik Muzik lagu ni mesti pegi final. Kalau sebaliknya, Sorry Hujan not your best song.

8. Gila (Mila)

Lagu ni Comel dan melodi ala2 lagu Elite. Pernah x Lirik-lirik yang ada perkataan English pergi Final. korang g carik sendiri. Adeh.

9. Dan Sebenarnya (Yuna)





Oh bulan
Yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

[Bridge]
Di saat kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Seperti kenyataan Yuna lagu ni dia buat cepat-cepat untuk member dia yang tengah frust. Lirik dia high class dan pandai mengikut melodi. Ok. Lagu ni dah masuk kaki kanan. and antara lagu yang tercalon untuk menang anugerah.

10. Raja Gelek (One Nation Emcees)

Lagu yang untuk enjoy dan gelek2. Macam lagu Adam n ala rap. dan korang tau kan.. But enjoy ngan ONE lagu yang boleh mengelek. Sorry to say. U not in my list.

11. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

Alamak. Ni pon tahap Indonesia lirik. tapi suara jac sama ngan n seiring ngan lirik. Boleh fight ngan Alyah song. Cuma untuk menang jauh. Tak macam lagu gemilang.

Apa pon yang aku komen. hanyalah pendapat aku untuk melatih aku menulis blog. kalau ada yang x setuju, tembak aku hehe. Ini antara lagu pilihan Makcik jiran sebalah rumah Ayah saudara mak sebelah ayah aku yang akan tersenarai untuk ke Final juara lagu bagi sesi 6 Nov:

1. Mirage (Pesawat)
2. Kau Aku (Aizat)
3. Oh Anok Anok (Reshmonu)
4. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)
5. Dan Sebenarnya (Yuna)
6. Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)

Yang lain? ada yang setuju x?


0 comments:

Post a Comment

Pages

Powered by Blogger.