Friday, October 30, 2009

Piala Malaysia Highlight Malam Esok



Sebagai peminat bola sepak mari kita buat highlight pasal match hujung minggu ini bagi separuh akhir Piala Malaysia. Antara pasukan yang terbaik tahun 2009 ini ialah Perlis, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan. Perlawanan pertama sudah berlangsung dan Kelantan menang ke atas Perlis 2-0 dan Negeri 9 Menang ke atas Terengganu 1-0.

Perlis FC VS Kelantan FC

Kelantan mendahului perlawanan pertama dengan agregat 2-0 ke atas perlis tetapi terpaksa membayar dengan pergantungan tonggak utama Kelantan Indra putra

Indra Putra Mahyuddin

Terbaru Skuad Kijang Sathianathan akan bertandang ke negeri Indera Kayangan itu dengan bekalan dua gol hasil kemenangan separuh akhir pertama, Selasa lalu, tanpa tonggak tengah, Ahmad Azlan Zainal yang kini menjalani pembedahan lutut manakala Zairul Fitree Ishak masih bergelut kecederaan buku lali. Bagaimanapun, dalam fikiran Sathianathan, beliau sudah ada pemain bakal diturunkan bagi menggantikan ketiga-ketiga pemain berkenaan sambil mengharapkan mereka yang mengisi kekosongan itu mampu membuktikan kemampuan masing-masing bagi menjulang Kelantan ke final.

“Untuk mara ke final bukan mudah. Tapi saya yakin dengan kemampuan pemain. Saya menaruh kepercayaan penuh kepada mereka untuk memberikan yang terbaik.

“Ketiadaan Indra, Zairul Fitree dan Ahmad Azlan sebenarnya cabaran buat pemain lain. Kami tidak boleh mengharapkan pemain tonggak sepanjang masa dan kini, mereka yang akan diturunkan turut bertanggungjawab ke atas pasukan ini.

“Ramai mengatakan Indra yang menyebabkan Kelantan menyerlah, tapi dalam bola sepak…kalau tanpa bantuan rakan lain serta semangat juang berpasukan, perkara ini tidak akan berlaku,” katanya.

Bagi skuad Perlis FC, sokongan dari para peminat amatlah diperlukan dan berharap perlawanan di stadium sendiri akan memberi bonus untuk menang. PERLIS menaruh harapan penyerang utama mereka, Mohd Nizaruddin Yusoff tidak akan menghampakan ketika skuad Singa Utara itu bertemu Kelantan yang mempunyai kelebihan dua gol daripada separuh akhir pertama, untuk membawa mereka ke final Piala Malaysia.


Biarpun menyedari Nizaruddin gagal menggegarkan gawang lawan di Kota Bharu, ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim tetap mahukan bekas penyerang kebangsaan itu bertindak sebagai penyelamat mereka untuk keluar daripada suasana kritikal yang menyelubungi Singa Utara, ketika ini.



“Saya percaya dengan skil dan pengalaman dimilikinya, Nizaruddin tidak akan mengecewakan kami. Memang tidak dinafikan ada kalanya dia gagal menjaringkan gol, tapi hakikatnya Nizaruddin masih penjaring terbanyak Liga Super musim ini dan juga untuk Perlis dalam kempen Piala Malaysia.

“Jadi, adalah wajar dia menjadi pilihan kami bagi menggalas tugas penting itu,” katanya menjelang pertemuan separuh akhir kedua di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam esok.


Irfan bagaimanapun akur sebagai penyerang utama, Nizaruddin sudah pasti tidak akan dibiarkan bergerak bebas, sebaliknya bakal dikawal ketat jentera pertahanan lawan.


“Jika berdasarkan perlawanan sebelum ini, kami dapati sekurang-kurangnya seorang pertahanan akan ditugaskan mengawal pergerakan Nizaruddin.

“Justeru, sekiranya ia berlaku, saya berharap rakan sepasukan lain, terutama Ahmad Fakri (Saraani) atau Mohd Firdaus mampu mengambil alih tugas melakukan jaringan,” katanya.

Selain Nizaruddin, pengendali berasal dari Kelantan itu juga berharap pemain lain turut memanfaatkan sebaik mungkin peluang menggegarkan gawang lawan. Antara pemain itu, termasuk K Soley, Amar Rohidan dan Mohd Syazwan Zainol.

Bagaimanapun, seperti mana barisan depan dituntut supaya berfungsi, Irfan juga mahukan benteng pertahanan yang diketuai Mohd Fauzie Nan supaya lebih kental dalam mengekang setiap gerakan dan cubaan lawan.

Katanya, walaupun skuad pelawat itu bakal kehilangan penyerang utama, Indra Putra Mahayuddin, keupayaan pemain lain di posisi itu tidak sesekali diperlekehkan.

“Saya minta Fauzie dan mereka di posisi pertahanan supaya sentiasa selangkah di depan lawan bagi mengelak bahaya buat kami,” katanya.

Apa-apa pon aku memang suka penyokong Kelantan. Dah diorang buat macam kat bola sepak Italy. Baling Mercun ngan Kumpul depan stadium nak beli tiket macam nak beli apa.


Bagi Pasukan Negeri 9 merangkap negeri member aku yang berlagak ingat boleh g final. Hahaha. Nasib baik Sabah tak main. Kalau x dah abis sapu piala..ok Apa yang sedia maklum Negeri9 dah menang ke atas Skuad Penyu hanya 1-0. So ni bukan kedudukan selamat bagi negeri 9. Ntah2 Ganu leh Bagi 3 4 biji kat Negeri 9 yang akan betandang ke Stadium Terengganu ke 4 kalau x salah.


SHEIKH Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof menyifatkan kelebihan satu gol dimiliki Negeri Sembilan tidak membawa sebarang makna buat Terengganu yang akan melayan kunjungan mereka dalam saingan separuh akhir kedua, malam esok.


Sambil memberitahu jurulatih, Ken Worden sudah membuat persiapan rapi bagi pertemuan getir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah itu, pengurus pasukan Terengganu itu menyatakan beliau sama sekali tidak berasa cemas dengan modal tipis dimiliki pencabarnya itu.

“Saya yakin kami dapat menewaskan mereka walaupun ketika ini kelebihan dilihat memihak kepada mereka dengan satu gol itu,” katanya merujuk kepada kemenangan 1-0 Negeri Sembilan dalam pertemuan pertama di Stadium Paroi, Selasa lalu. “Jika mereka boleh menang di tempat sendiri, tiada sebab mengapa kami tidak melakukan perkara yang sama.”

Beliau yakin, ditambah dengan sokongan moral penonton yang tidak berbelah bagi, sudah pasti skuad Penyu mampu bermain dengan lebih baik untuk mencari gol kemenangan, sekali gus mara ke final.

Justeru, Sheikh Ahmad Tajuddin memberitahu mereka meletakkan sasaran untuk barisan serangan yang diketuai Ashaari Shamsuddin serta Manaf Mamat supaya menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol pada babak pertama bagi melemahkan semangat lawan.

Katanya, jika kedua-dua penyerang itu mampu berbuat demikian sudah tentu matlamat untuk mencari kemenangan itu akan tercapai.

Selain itu, beliau turut mengarahkan pakar tendangan percuma Zairol Anuar Zalani supaya berbuat sesuatu yang boleh menghasilkan gol seperti mana dilakukannya ketika bertemu Selangor.

“Jika Zairol berpeluang berbuat demikian, harapan kami untuk menang cerah,” katanya.

Sheikh Ahmad Tajuddin juga melahirkan rasa gembira kerana pertahanannya, Muhaimin Omar sudah pulih daripada kecederaan dan boleh beraksi semula.

Beliau berkata, dengan kehadiran semula Muhaimin, sudah tentu kubu pertahanan mereka lebih kebal dan mampu menghalang lawan daripada melakukan sebarang percubaan bahaya.

Bagaimanapun, beliau terkilan kerana ketua pasukan, Marzuki Yusof tidak dapat bermain apabila dilayangkan dua kad kuning dan akan hanya menjadi penonton malam itu.

Tiket dijual jam 10 pagi

TIKET separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Perlis dan Kelantan di Stadium Utama Negeri, Kangar, esok akan mula dijual jam 10 pagi ini.

Tiket bagi tempat duduk berbumbung ialah RM20 manakala terbuka, RM10.

Kepada penyokong-penyokong away, jaga adab ke negeri orange k. hehe..


Credit to Harian Metro

Di Olah Sendiri Oleh Admin hehe

No comments:

Post a Comment