Friday, October 30, 2009

Konsert Gegar Generasiku RTM

KONSERT GEGAR GENERASIKU HIMPUNKAN 10 ARTIS INDIE MALAYSIA

Pendekatan diambil pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam usaha mendekatkan golongan remaja dengan RTM pastinya meninggalkan impak yang bukan sedikit kesannya apatahlagi pendekatan dilakukan melibatkan aktiviti yang digemari dan menjadi ’kegilaan’ golongan ini dengan penganjuran Konsert Gegar Generasiku yang dilangsungkan pada 1 November 2009 (Ahad), jam 8.30 malam.

Diadakan bertempat di Padang Semarak Angkasapuri, Kuala Lumpur, Konsert Gegar Generasiku ternyata menyokong usaha RTM menyahut seruan kerajaan dalam membantu mengurangkan kadar jenayah jalanan mat-mat rempit khasnya sebanyak 20 peratus pada penghujung tahun 2010 dengan mengambil langkah positif menerbitkan konsert ini.

Apatahlagi pendekatan mengadakan konsert ini turut mendukung harapan RTM dalam usaha untuk ’meremajakan’ RTM menerusi program-program terbitannya sekaligus mencapai matlamat menjadikan stesen penyiar rasmi kerajaan ini disayangi dan digemari golongan muda. Malah mencetuskan persaingan secara sihat dengan stesen TV swasta yang lain.

Penglibatan kumpulan-kumpulan dan pencipta serta penulis lirik indie yang sedang mencipta nama di negara kita yang mana antara mereka ada yang tidak dikenali di persada muzik mainstream tetapi popular di kalangan mereka pastinya mampu menghimpunkan kelompok peminat genre muzik ini menyaksikan persembahan mereka berhibur bersama sekaligus mengelakkan mereka terlibat dengan sebarang aktiviti yang tidak berfaedah.

Konsert diterbitkan RTM ini menjanjikan persembahan mantap dan bertenaga membariskan 10 artis indie yang bakal tampil menghiburkan penonton dengan lagu-lagu menarik yang kebanyakannya hasil karya ciptaan mereka sendiri termasuklah Pesawat (Mirage / Excuse Me), Maximus (Apa Mahumu / Jadikanlah Rahsia), Aisunam (Bisikan / Manusia), Estranged (Ketika Ini / Yang Pernah / Masa), Azlan & The Typewriter (Kelibat Si Penyair / Lipstik, Plasik, Kosmetik) , Bunkface (Prompt Queen / Situasi / Revolusi), One Nation Emcee (Dendangkan / Raja Gelek / Boom Boom Pown), Paper Plain Persuit (Lupakan Dunia / Revolution), Ana Raffali (Mekanika / Hujan Di Kuala Lumpur) dan Aizat & Band (Fikirlah / Kau Aku / Susun Silangkata).

Kepada anda yang berminat untuk sama-sama menyaksikan konsert ini, pastikan anda datang beramai-ramai pada 1 November 2009 (Ahad), jam 8.30 malam bertempat di Padang Semarak Angkasapuri, Kuala Lumpur.


Credit Thanks pictuer From

shahziiqrafil

buddiey

vigneshalasingnm.com

No comments:

Post a Comment